Blogger Widgets ASSALAMUALAIKUM............SALAM SEJAHTERA...............SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU UMIE.................................................................TERIMA KASIH....................................

Wednesday, 1 May 2013

GURU PEMBIMBING - KEMAHIRAN PEMERHATIAN

TUJUAN PENYELIAAN DILAKSANAKAN:
-  Membantu guru pelatih menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran dan pembelajaran.
-  Membimbing guru pelatih membina himpunan kemahiran mengajar berdasarkan refleksi ke atas amalan  
kendiri. 
-  Menguasai pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
-  Menjadi satua mekanisme memperbaiki dan penambahbaikan amalan pengajaran pembelajaran.
-  Membina teori tersendiri, ilmu binaan dan ilmu profesional keguruan.

INSTRUMEN PEMERHATIAN:
a. Instrumen Pemerhatian Formatif
    -  Boleh menggunakan instrumen berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

b. Instrumen Penilaian Sumatif
    -  Lebih untuk kegunaan penyeliaan.
    -  Berbentuk skala, kadar, ulasan mengenai kekuatan dan kelemahan guru pelatih.
    -  Komponen penilaian merangkumi :
    1. Kemahiran interpersonal  dan  intrapersonal.
    2. Pengetahuan tentang mata pelajaran.
    3. Pengajaran dan pembelajaran.
    4. Komunikasi.
    5. Pengurusan bilik darjah.
    6. Penilaian.
    7. Kokurikulum.
    8. Peranan lain.

KEPENTINGAN FOKUS PEMERHATIAN:
 -  Membantu guru pelatih mencapai matlamat perkembangan profesional.
 -  Membekalkan maklumat kepada guru pelatih tentang perkara yang perlu dibaiki dan cara membaiki.
 -  Guru pelatih lebih bersedia  dan terarah dalam menerima maklum balas daripada guru pembimbing.
 -  Membantu guru pelatih melihat dan memahami secara spesifik aspek kekuatan dan kelemahannya.
 -  Membina keperihatinan guru pelatih terhadap isu yang spesifik serta perbincangan mendalam.

TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PENYELIAAN:
A. Kemahiran membina hubungan
-   mesra, saling mempercayai dan rasa selamat supaya lebih bersedia untuk berbincang.
-   Guru pembimbing membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan.
B. Kemahiran mendengar
-   meluangkan masa untuk mendengar dan kurangkan menyampuk.
-   mencuba untuk benar-benar memahami apa yang diperkatakan.
-   menumpukan perhatian sepenuhnya.
-  perkara yang perlu didengar: a. Isi kandungan pelajaran yang dinyatakan.
                                                b. Perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan.
                                                c. Perasaan yang dinyatakan.

Peranan Guru Pembimbing ke Arah Melahirkan Guru yang Berketrampilan - Siri 4

KEMAHIRAN PEMERHATIAN

KONSEP : Suatu proses yang sistematik mengumpul maklumat tentang sikap, perlakuan atau amalan serta  kemahiran mengajar guru pelatih dalam situasi sebenar. Menginterpretasi data berkenaan untuk menjelaskan kekuatan dan kelemahan guru pelatih.

CIRI PEMERHATIAN YANG BERKESAN
-  Tidak bersifat menilai dan menghukum.
-  Melibatkan pengumpulan data secara empiris(berdasarkan pemerhatian bukan teori)
-  Berasaskan hubungan yang terbuka dan saling mempercayai.
-  Menggunakan instrumen yang berkesan.
-  Pemerhatian dibuat secara menyeluruh tetapi pengumpulan data mestilah berfokus. Penentuan berfokus         dibuat  melalui :
a. Kontrak semasa prapemerhatian
b. Isu Kritikal semasa pemerhatian
c. Keperihatinan kepada pemerhatian lalu
-  Pemerhatian melibatkan dua proses iaitu :
a. menjelaskan apa yang diperhatikan  (data).
b. menginterpretasikan maklumat berkenaan (jelaskan mengapa ia wujud dan berkesan).

MODEL  PEMERHATIAN
** Model  Pemerhatian  Klinikal  iaitu pra, semasa dan pasca pemerhatian.
** Model  Cognitive  Coaching  iaitu  proses pemerhatian, perbincangan tentang perancangan, pemerhatian dan refleksi secara kolaboratif (berkongsi idea, kerjasama).

Perkara yang dilihat oleh guru pembimbing terhadap guru pelatih - Siri 3

PENYELIAAN  KLINIKAL
Konsep  :  Proses bimbingan yang merangkumi ciri-ciri seperti pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data daripada pemerhatian penganalisaan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.

Objektif  : Pensyarah, guru pembimbing dan guru pelatih berganding bahu dalam usaha untuk :
                 a. memperkembangkan potensi kekuatan dan kemahiran guru pelatih.
                 b. mengenal pasti  dan memperbaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran guru pelatih.

Fasa-fasa Penyeliaan Klinikal :
a. Konferensi  Prapemerhatian  
-  Dilaksanakan sebelum pengjaran bermula.
-  Menjalin hubungan baik antara guru pembimbing dan guru pelatih.
-  Guru pembimbing dan guru pelatih membincangkan aspek-aspek penting tentang Rancangan Pengajaran 
    Harian atau apa-apa aspek penjelasan guru pembimbing.
-  Kedua-dua pihak berunding  demi mencapai persetujuan mengenai aspek-aspek yang perlu diberi fokus         semasa pemerhatian.
b. Pemerhatian
-  Masuk ke kelas bersama-sama.
-  Guru pembimbing membuat pemerhatian dan mengumpul data mengenai aspek fokus menggunakan               instrumen pemerhatian.
-  Pada masa yang sama guru pembimbing perlu peka dan sensetif terhadap isu-isu yang kritikal dan tidak di      jangka boleh berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran.

c. Konferensi Pascapemerhatian    
-  Guru pembimbing memberi maklum balas, menggalakkan guru pelatih membuat refleksi dan menjelaskan       amalan mengajar.
-  Guru pembimbing boleh meminta pandangan atau memberi cadangan kepada guru pelatih  untuk                    memperbaiki pengajaran mereka.
-  Jika perlu, guru pembimbing menarik perhatian guru pelatih kepada isu-isu luar jangkaan tetapi penting dan
    perlu bimbingan.
-  Fokus perbincangan pada fasa ini ialah kenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran serta cadangan pe
    nambahbaikan.

  ANALISIS: GURU PEMBIMBING MEMBUAT REFLEKSI DAN ANALISIS BAGI KONFERENS
                      PASCAPEMERHATIAN UTK MEMPERBAIKI STRATEGI BIMBINGAN.  

Tuesday, 30 April 2013

Peranan Guru Pembimbing ke Arah Melahirkan Bakal Guru Berketrampilan - Siri 2

PERANAN GURU PEMBIMBING
Peranan yang paling penting sebagai guru pembimbing ialah :
a. Menggalakkan guru pelatih menggunakan sumber pengajaran yang releven.
b. Mencungkil dan memperkembangkan bakat dan kebolehan.
c. Mengesan kekuatan dan kelemahan untuk penambahbaikan.
d. Membetulkan kesalahan dengan serta -merta.
e. Memberi perangsang dan penghargaan kepada guru pelatih atas hasil kerja yang baik.

ISU-ISU DALAM PENYELIAAN
a. Penyeliaan disamakan dengan penilaian -perkembangan pada tahap minima.
b. Penyeliaan berfokus kepada penyelia bukannya guru pelatih - komunikasi sehala.
c. Guru pelatih tiada pengetahuan tentang perkara apakah yang diselia oleh penyelia - data tidak sistematik.
d. Penyelia tiada perancangan untuk menjalankan penyeliaan - tiada data dan arah
e. Penyelia tidak duduk berbincang  dengan guru pelatih selepas sesuatu pencerapan - pemulihan dan  
    penambahbaikan tidak ikut perkembangan individu.

ISU-ISU GURU PELATIH
a. Tidak menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
b. Tidak menunjukkan kesungguhan semasa pengajar.
c. Kerap melakukan kesilapan yang berulang.
d. Tidak bersedia menerima teguran.
e. Tidak boleh aplikasikan  teori-teori pengajaran.
f.  Sukar mengawal kelas  / disiplin pelajar.
g. Kurang persediaan Bahan Bantu Belajar (BBB).
h. Mudah berputus asa.
i.  Tidak hadir mengajar.
        

Peranan guru pembimbing ke arah melahirkan bakal guru yang berketrampilan -SIRI 1

DEFINISI PENYELIAAN :
Menurut Glickman (1991), Sejenis penyeliaan yang dinamik dalam proses pendidikan yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran. Setiap penyeliaan perlu membawa perubahan yang positif untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Ibrahim (2001), Pemerhatian secara langsung ke atas pengajaran seseorang guru dalam bilik darjah. Semasa penyeliaan dibuat, segala perlakuan guru sama ada positif  atau  negatif dicatat oleh penyelia tidak kira perbuatan, pertuturan atau tabiat. Cara ini memastikan guru mendapat maklum balas yang jelas dan segera daripada penyelia tentang kekuatan dan kelemahannya.

TUJUAN PENYELIAAN :
a. Menghasilkan kaedah lebih baik untuk proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih.
b. Menimbulkan iklim fizikal, sosial dan psikologikal yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran.
c. Menghasilkan penyusunan secara bersepadu segala usaha  dan bahan menentukan kesinambungan  
    pengajaran dan pembelajaran.
d. Mewujudkan kerjasama di antara semua pihak untuk mengatasi masalah pengajaran.

PENGUKUHAN PRAKTIKUM - MODUL LATIHAN
*   Konsep  Penyeliaan  Praktikum
*   Penyeliaan  Praktikum
*   Kemahiran  Pemerhatian
*   Kemahiran  Bimbingan
*   Pemikiran  Reflektif  dan  Inovatif
*   Kemahiran  Memberi  Maklumat
*   Kemahiran  Menilai

Friday, 19 April 2013

Tulisan lambang keperibadian


Tulisan  yang  cantik dan kemas secara tidak langsung akan menggambarkan keperibadian seseorang terutama untuk guru dan murid.

Justeru, praktikkan kaedah menulis yang betul. Kita boleh memilih sama ada tulisan berangkai atau tulisan biasa.

Ajari anak-anak didik kita kaedah tulisan berangkai sebagai tambahan untuk kemahiran menulis mereka.

GAMELAN MELAYU INSTRUMENTAL


Panduan membina ayat

1. Tentukan setiap ayat yang dibina  mengandungi  subjek dan predikat.
2. Setiap subjek dan predikat itu mestilah diperluas agar ayat menjadi lengkap.
3. Untuk memperluas subjek dan predikat ayat yang dibina, pelajar bolehlah  menggunakan          kata  bantu, kata bilangan, kata keterangan, penanda wacana dan sebagainya.
4. Pelajar boleh mengemukakan teknik menyoal atas setiap ayat inti atau ayat utama yang       
    dibina itu. Contoh:


    Ayat  inti                                 Alina                      membaca                        surat.       

                                                  siapa?                    bagaimana?                     siapa?

   Subjek + Predikat    Alina anak jiran baharu saya                                                                              
     diperluas lagi                                                       berkali-kali membaca                                    
                                                                                         surat yang baru diterima daripada kakaknya.

   Ayat  lengkap           Alina anak jiran baharu saya berkali-kali  membaca surat yang baru  
                                     diterima daripada  kakaknya.


    5. Setiap ayat yang ditulis itu mestilah tepat dan disemak agar tidak ada kesalahan ejaan, tanda baca,
        imbuhan, struktur ayat dan sebagainya.

    6. Kesilapan yang dibuat akan menyebabkan markah pelajar dipotong.

Saturday, 13 April 2013

Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris

MUKADIMAH
Strategi memartabatkan BM melibatkan penggunaan bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran BM.

Manakala strategi memperkukuh penguasaan BI melibatkan penambahbaikan kurikulum BI serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.

DEFINISI  MBMMBI
Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara  152, Perlembagaan Malaysia. BM juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh BI membawa maksud memantapkan penguasaan BI sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

TUJUAN  MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan BM adalah kerana BM merupakan Bahasa Kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.

Tujuan  utama memperkukuh BI adalah kerana BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Wednesday, 10 April 2013

Penjodoh bilangan

1.Calit  -  Untuk tanda yang disapukan sedikit sahaja seperti cat, dakwat, lumpur
             
 Contoh ayat  :  Ainur Fatehah  sedang membersihkan mukanya kerana terkena beberapa calit cat semasa   mengecat pagar rumahnya.

2. Colek - Untuk sebanyak yang disentuh dengan hujung jari seperti kaya, sambal, krim

Contoh ayat  :   Aisyah Syafika merasa secolek sambal belacan yang dibuatnya bagi memastikan  keenakannya.

3. Kacip  - Untuk benda yang dipotong nipis-nipis dengan kacip seperti gambir, pinang

Contoh ayat  :   Nenek Fazlin memasukkan beberapa kacip pinang ke dalam sirih yang sudah dikapur lalu melipatnya sebelum dikunyah.

4. Rangkai  -  Untuk susunan beberapa benda yang telah dikaitkan seperti doa, madah , barang kemas.

Contoh ayat  :   Juruhebah itu sedang membacakan serangkai madah kiriman Mai Alifah ke rancangan Gurindam Jiwa yang berkumandang di corong radio.

5. Untai  -  Untuk serangkap puisi atau rangkaian benda yang dicucuk seperti tasbih, kalung mutiara, sajak

Contoh ayat  :   Mukhriz telah menyampaikan seuntai  sajak yang dikarangnya semasa Malam Puisi Anak Rantau.

Tuesday, 9 April 2013

Kata Banyak Makna

Perkataan   -  Alam
Penggunaan  dan contoh ayat :

1. bumi  , dunia
 Bencana alam yang melanda di  Jakarta itu telah mengorbankan banyak nyawa.

2. segala yang ada di langit dan di bumi
Tuhan yang menciptakan alam yang indah ini.

3. lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan orang  atau hidupan lain yang tertentu.
Abang saya akan memasuki  alam  persekolahan peringkat  menengah tidak lama lagi.

4. bidang atau lingkungan kegiatan
Nama Tun Sri Lanang sangat terkenal dalam alam persuratan Melayu.

5. segala daya yang seakan-akan mengatur isi dunia
Sudah menjadi lumrah alam,  siapa yang kuat, dialah yang akan  berkuasa.

Wednesday, 3 April 2013

Membetulkan yang biasa, Membiasakan yang betul (Ayat Gramatis)

1. Halim menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua setengah jam. (salah)

Halim menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua jam setengah. (betul)

{Dua setengah jam merujuk kepada bilangan jam, dua jam setengah merujuk kepada waktu, 2 jam 30 mnit}

2. Lain - lain hal yang menyentuh agama,ras, dan budaya tidak perlu diperdebatkan. (salah)

Hal - hal lain yang menyentuh agama, ras, dan budaya tidak perlu diperdebatkan. (betul)

{Lain - lain membawa maksud banyak yang lain, hal -hal pula membawa maksud banyak hal}

3. Satu rampasan mercun terbesar telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi. (salah)

Satu rampasan terbesar mercun telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi. (betul)

{Mercun terbesar merujuk kepada mercun yang besar, rampasan terbesar merujuk kepada banyak rampasan}

4. Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan salinan sijil kelahiran. (salah)

Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan salinan sijil kelahiran. (betul)

{Perkataan 'merujuk' dalam ayat membawa maksud kepada secara tersirat, tidak perlu merujuk kepada}

5. Encik Amiruddin menunggu anaknya di stesen bas sejak dari pukul 10.00 pagi. (salah)

Encik Amiruddin menunggu anyaknya di stesen bas sejak pukul 10.00 pagi. (betul)

{Gugur perkataan 'dari' kerana kedua-duanya 'sejak' dan 'dari' adalah kata sendi yang sama maksud}

Membetulkan yang biasa, Membiasakan yang betul. (Ayat Gramatis) (Bahagian 2)

1. Bapa adalah guru besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (salah)

Bapanya ialah guru besar di Sekolah Besar Seri Setia, Teluk Intan. (betul)

{'ialah' -Kata pemeri yang menghubungkan bende (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat}

2. Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes itu ialah rekaan semata-mata. (salah)

Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes itu adalah rekaan semata-mata. (betul)

{'adalah' - kata pemeri yang menghuraikan lebih lanjut tentang benda (subjek) yang disebut sebelumnya}

3. Mak Cik Mariam menghidangkan tetamunya sepinggan kuih seri muka. (salah)

Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. (betul)

{Imbuhan apitan "meng....i" - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada manusia sahaja.}

4. Encik Razak menghadiahi cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (salah)

Encik Razak menghadiahkan cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (betul)

{Imbuhan apitan "meng.....kan" - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang}

5. Setengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik. (salah)

Sesetengah murid tidak tahu membahagikan masa dengan baik. (betul)

{sesetengah membawa maksud satu per dua, sesetengah pula membawa maksud sebahagian daripada}

Membetulkan yang biasa, Membinasakan yang betul (ayat gramatis) (Bahagian 1)

1. Budak - budak itu saling tuduh - menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (salah)

Budak - budak itu tuduh - menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul)

{Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling}

2. Puan Kamariah membeli kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi. (salah)

Puan Kamariah membeli kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi. (betul)

{Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan}

3. Emak menghidangi kami sepinggan goreng pisang rangup pada petang itu. (salah)

Emak menghidangi kami sepinggan pisang goreng rangup pada petang itu. (betul)

{Hukum D-M yang betul, pisang gorang sebab yang diterang ialah pisang dan menerang ialah goreng}

4. Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (salah)

Encik Mutusamy bekerja di Estet Mini Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (betul)

{Hukum D-M estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini}

5. Seekor lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu. (salah)

Satu lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu. (betul)

{Bagi benda yang tidak nyata/jelas, penjodoh bilangan tidak boleh digunakan, guna kata bilangan sahaja}

Friday, 22 March 2013

Bahan Galakan Membaca

Membaca Amalan Mulia

Membaca Gaya Warisan


Salam Mesra

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana singgah ke blog ini. Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam bidang bahasa terutamanya Bahasa Malaysia.

Sekian dan jumpa lagi.