TUJUAN PENYELIAAN DILAKSANAKAN:
- Membantu guru pelatih menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Membimbing guru pelatih membina himpunan kemahiran mengajar berdasarkan refleksi ke atas amalan
kendiri.
- Menguasai pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
- Menjadi satua mekanisme memperbaiki dan penambahbaikan amalan pengajaran pembelajaran.
- Membina teori tersendiri, ilmu binaan dan ilmu profesional keguruan.
INSTRUMEN PEMERHATIAN:
a. Instrumen Pemerhatian Formatif
- Boleh menggunakan instrumen berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
b. Instrumen Penilaian Sumatif
- Lebih untuk kegunaan penyeliaan.
- Berbentuk skala, kadar, ulasan mengenai kekuatan dan kelemahan guru pelatih.
- Komponen penilaian merangkumi :
1. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
2. Pengetahuan tentang mata pelajaran.
3. Pengajaran dan pembelajaran.
4. Komunikasi.
5. Pengurusan bilik darjah.
6. Penilaian.
7. Kokurikulum.
8. Peranan lain.
KEPENTINGAN FOKUS PEMERHATIAN:
- Membantu guru pelatih mencapai matlamat perkembangan profesional.
- Membekalkan maklumat kepada guru pelatih tentang perkara yang perlu dibaiki dan cara membaiki.
- Guru pelatih lebih bersedia dan terarah dalam menerima maklum balas daripada guru pembimbing.
- Membantu guru pelatih melihat dan memahami secara spesifik aspek kekuatan dan kelemahannya.
- Membina keperihatinan guru pelatih terhadap isu yang spesifik serta perbincangan mendalam.
TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PENYELIAAN:
A. Kemahiran membina hubungan
- mesra, saling mempercayai dan rasa selamat supaya lebih bersedia untuk berbincang.
- Guru pembimbing membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan.
B. Kemahiran mendengar
- meluangkan masa untuk mendengar dan kurangkan menyampuk.
- mencuba untuk benar-benar memahami apa yang diperkatakan.
- menumpukan perhatian sepenuhnya.
- perkara yang perlu didengar: a. Isi kandungan pelajaran yang dinyatakan.
b. Perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan.
c. Perasaan yang dinyatakan.
Sati blog yang menarik dan penuh info. Tahniah
ReplyDelete