PENYELIAAN KLINIKAL
Konsep : Proses bimbingan yang merangkumi ciri-ciri seperti pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data daripada pemerhatian penganalisaan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.
Objektif : Pensyarah, guru pembimbing dan guru pelatih berganding bahu dalam usaha untuk :
a. memperkembangkan potensi kekuatan dan kemahiran guru pelatih.
b. mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran guru pelatih.
Fasa-fasa Penyeliaan Klinikal :
a. Konferensi Prapemerhatian
- Dilaksanakan sebelum pengjaran bermula.
- Menjalin hubungan baik antara guru pembimbing dan guru pelatih.
- Guru pembimbing dan guru pelatih membincangkan aspek-aspek penting tentang Rancangan Pengajaran
Harian atau apa-apa aspek penjelasan guru pembimbing.
- Kedua-dua pihak berunding demi mencapai persetujuan mengenai aspek-aspek yang perlu diberi fokus semasa pemerhatian.
b. Pemerhatian
- Masuk ke kelas bersama-sama.
- Guru pembimbing membuat pemerhatian dan mengumpul data mengenai aspek fokus menggunakan instrumen pemerhatian.
- Pada masa yang sama guru pembimbing perlu peka dan sensetif terhadap isu-isu yang kritikal dan tidak di jangka boleh berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran.
c. Konferensi Pascapemerhatian
- Guru pembimbing memberi maklum balas, menggalakkan guru pelatih membuat refleksi dan menjelaskan amalan mengajar.
- Guru pembimbing boleh meminta pandangan atau memberi cadangan kepada guru pelatih untuk memperbaiki pengajaran mereka.
- Jika perlu, guru pembimbing menarik perhatian guru pelatih kepada isu-isu luar jangkaan tetapi penting dan
perlu bimbingan.
- Fokus perbincangan pada fasa ini ialah kenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran serta cadangan pe
nambahbaikan.
ANALISIS: GURU PEMBIMBING MEMBUAT REFLEKSI DAN ANALISIS BAGI KONFERENS
PASCAPEMERHATIAN UTK MEMPERBAIKI STRATEGI BIMBINGAN.
No comments:
Post a Comment