KEMAHIRAN PEMERHATIAN
KONSEP : Suatu proses yang sistematik mengumpul maklumat tentang sikap, perlakuan atau amalan serta kemahiran mengajar guru pelatih dalam situasi sebenar. Menginterpretasi data berkenaan untuk menjelaskan kekuatan dan kelemahan guru pelatih.
CIRI PEMERHATIAN YANG BERKESAN
- Tidak bersifat menilai dan menghukum.
- Melibatkan pengumpulan data secara empiris(berdasarkan pemerhatian bukan teori)
- Berasaskan hubungan yang terbuka dan saling mempercayai.
- Menggunakan instrumen yang berkesan.
- Pemerhatian dibuat secara menyeluruh tetapi pengumpulan data mestilah berfokus. Penentuan berfokus dibuat melalui :
a. Kontrak semasa prapemerhatian
b. Isu Kritikal semasa pemerhatian
c. Keperihatinan kepada pemerhatian lalu
- Pemerhatian melibatkan dua proses iaitu :
a. menjelaskan apa yang diperhatikan (data).
b. menginterpretasikan maklumat berkenaan (jelaskan mengapa ia wujud dan berkesan).
MODEL PEMERHATIAN
** Model Pemerhatian Klinikal iaitu pra, semasa dan pasca pemerhatian.
** Model Cognitive Coaching iaitu proses pemerhatian, perbincangan tentang perancangan, pemerhatian dan refleksi secara kolaboratif (berkongsi idea, kerjasama).
Tahniah Cikgu Maklumat yang amat berguna.
ReplyDelete