1.Calit - Untuk tanda yang disapukan sedikit sahaja seperti cat, dakwat, lumpur
Contoh ayat : Ainur Fatehah sedang membersihkan mukanya kerana terkena beberapa calit cat semasa mengecat pagar rumahnya.
2. Colek - Untuk sebanyak yang disentuh dengan hujung jari seperti kaya, sambal, krim
Contoh ayat : Aisyah Syafika merasa secolek sambal belacan yang dibuatnya bagi memastikan keenakannya.
3. Kacip - Untuk benda yang dipotong nipis-nipis dengan kacip seperti gambir, pinang
Contoh ayat : Nenek Fazlin memasukkan beberapa kacip pinang ke dalam sirih yang sudah dikapur lalu melipatnya sebelum dikunyah.
4. Rangkai - Untuk susunan beberapa benda yang telah dikaitkan seperti doa, madah , barang kemas.
Contoh ayat : Juruhebah itu sedang membacakan serangkai madah kiriman Mai Alifah ke rancangan Gurindam Jiwa yang berkumandang di corong radio.
5. Untai - Untuk serangkap puisi atau rangkaian benda yang dicucuk seperti tasbih, kalung mutiara, sajak
Contoh ayat : Mukhriz telah menyampaikan seuntai sajak yang dikarangnya semasa Malam Puisi Anak Rantau.
No comments:
Post a Comment